PKPB Negeri Sabah Dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah, dilanjutkan bermula Isnin ini hingga 20 Disember ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPB itu dilanjutkan atas nasihat dan penilaian risiko dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Mengenai PKPB di Sabah, Ismail Sabri berkata, sebanyak 29,577 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah, setakat kelmarin.

Katanya, KKM turut mengesahkan masih terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa daerah di seluruh negeri itu.

“Bagaimanapun atas nasihat KKM, sidang khas semalam turut bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di K-Avenue, Megacity, Penampang, Sabah, hari ini seperti dijadualkan.

“KKM melaksanakan 393 ujian saringan dan sebanyak 144 kes kumulatif positif COVID-19 direkodkan di lokaliti itu.

“Namun, sehingga kelmarin hanya tinggal baki 17 kes aktif yang direkodkan kawasan

terbabit,” katanya.

Leave a Reply